EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan kecairan dalam sistem konvensional menurun kepada RM23.83 bilion daripada RM29.01 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM11.21 bilion berbanding RM16.18 bilion.

Sebelum itu, BNM menerbitkan tiga tender pasaran kewangan konvensional dan satu tender Lelongan Kematangan Pelbagai Islam Qard (iRMA).

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran kewangan konvensional bernilai RM23.80 bilion serta tender pasaran kewangan Murabahah sebanyak RM11.20 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar faedah semalaman purata Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Pasaran ditutup selama dua hari pada 5 dan 6 Jun sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. – BERNAMA


Pengarang :