EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan berjumlah RM25.87 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam, RM13.08 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional merangkumi RM2 bilion selama tujuh hari, RM1 bilion selama 14 hari dan RM500 juta untuk 21 hari.

Bank itu juga akan melaksanakan dua tender Qard bernilai RM2.1 bilion selama tujuh hari dan RM1.2 bilion untuk 14 hari serta satu tender repo berbalik bernilai RM500 juta selama 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender konvensional semalaman sehingga RM22.9 bilion dan tender Murabahah semalaman bernilai RM9.8 bilion. – BERNAMA


Pengarang :