EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 24 JUN: Kadar-kadar antara bank jangka pendek kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Hasilnya, lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM26.2 bilion daripada RM27.78 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, angkanya berkurangan kepada RM13.2 bilion daripada RM18.2 bilion.

Awal hari ini, BNM melaksanakan tiga tender pasaran wang konvensional, satu tender lelongan matang Islam Qard, satu tender program komoditi Murabahah dan dua tender repo berbalik.

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM23.4 bilion daripada RM25.7 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM25.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM12.7 bilion, untuk wang satu hari.

Purata kadar faedah Islam semalaman disandarkan pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masin ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :