EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Kadar antara bank jangka pendek kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM18.9 bilion daripada RM26.02 bilion pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia meningkat kepada RM20.6 bilion daripada RM18.59 bilion.

Awal hari ini, BNM melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard, satu tender repo berbalik, satu tender Bank Bil Antara Bank Bank Negara dan satu tender Bil Antara Bank Bank Negara- Islam.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM19.1 bilion daripada RM15.8 bilion.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM18.9 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM19.1 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :