EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Kadar antara bank jangka pendek kekal kukuh susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional menyusut kepada RM21.80 bilion daripada RM25.51 bilion yang direkodkan pada sebelah pagi, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM14.30 bilion daripada RM15.38 bilion.

Sebelum itu, BNM telah melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard, dua tender repo terbalik dan Bil Antara Bank Islam BNM.

Pada 4 petang, bank pusat tersebut telah menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM21.80 bilion serta tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM13.80 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berjumlah sebanyak 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing berada pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA


Pengarang :