BERITA UTAMASELANGOR

Kerja baik pulih paip pecah di Gombak selesai

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 18 JUN: Kerja baik pulih paip pecah di Taman Prima Sri Gombak siap dilaksanakan dan bekalan air kembali pulih.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerja berkenaan siap pada 10.30 malam tadi dan kebanyakan kawasan yang terjejas kembali pulih.

“Pemantauan dilakukan sehingga 6 pagi tadi, kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan ini amatlah dihargai.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, dilaporkan 33 kawasan di sekitar Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah di hadapan Family Mart, Taman Prima Sri Gombak.

Kawasan terjejas itu adalah Astana Gemilang; Batu 3 hingga Batu 5 Jalan Gombak; Batu Caves Centre Point; Bukit Lela; Desa Minang; Kampung Changkat; Kampung Kerdas; Kampung Kuantan; Kampung Lee Kong Chian; Kampung Melayu Sri Gombak; dan Kampung Sungai Mulia.

Turut terjejas Kampung Sri Gombak Indah; Kampung Tengah Gombak; Perusahaan Ringan; Pinggiran Batu Caves; Prima Sri Gombak; Simpang 3; Taman Berlian; Taman Bolton; Taman Gemilang; Taman Gombak Jaya; dan Taman Gombak Setia.


Pengarang :