SELANGOR

Kerja baik pulih paip pecah di Setia Alam siap

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 4 JUN: Kerja pembaikan ekoran paip pecah di jajaran paip utama 1800mm di Setia Alam siap dilaksanakan sepenuhnya jam 4 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan sudah dibuka sejurus kerja siap dan pemulihan bekalan sedang berlangsung secara berperingkat.

Katanya, beberapa kawasan juga sudah mula mendapat bekalan air.

“Pihak kami sedang menumpukan fokus bagi meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan bagi mempercepatkan pemulihan ke semua kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Raof berkata, bantuan bekalan air melalui lori tangki masih diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya selain pengaktifan lima buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan tiga lokasi Pili Awam bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan terjejas.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan pelanggan boleh menghubungi kami di talian 15300 untuk mendapatkan bantuan atau melayari laman sesawang www.syabas.com.my dan merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan Facebook Air Selangor bagi maklumat terkini yang dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama di Setia Alam.

Antara kawasan terbabit adalah Ambang Botanik, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Klang (Batu 1 – 3 Jalan Meru), Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Dato Hamzah, Jalan Istana dan Jalan Kapar Batu 1 – 5.

Turut terjejas, Jalan Kem, Jalan Klang Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana.

Selain itu, Jalan Limbungan, Jalan Syahbandar, Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Pulau Indah, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, Kampung Pendamar, Keseluruhan Berkeley/Eng Ann, Keseluruhan Jalan Raja Nong, Keseluruhan Taman Sri Andalas.

Kampung Keretapi, Kota Pendamar, Laguna Park, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Persiaran Raja Muda Musa, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2 dan Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3 Selain itu, PKFZ, Pulau Ketam, Seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Seluruh kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industri Park, Seluruh Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seluruh Perepat, Seluruh Sementa, Seluruh Sungai Putus, Sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Sungai Sireh dan Taman Bayu Mas.

Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Palm Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Teluk Gadong Besar, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Teluk Gadong Kecil, Teluk Gedong Indah, Westport dan Wisma Polis Marin Pulau Indah turut terjejas.

 


Pengarang :