SELANGOR

Kutipan premium tanah Klang cecah RM146 juta

OLEH NADIAH ZAMLUS

KLANG, 13 JUN: Kutipan premium tanah bagi daerah Klang mencecah RM146 juta, sekali gus melebihi sasaran asal RM95 juta, sehingga Jun ini.

Pegawai Daerah dan Tanah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, pihaknya akan menerima bayaran premium tanah lagi daripada Tenaga Nasional Berhad berjumlah RM40 juta dalam masa terdekat.

“Peningkatan jumlah bayaran ini berlaku ekoran pembangunan pesat di sekitar Klang,” katanya pada Majlis Jamuan Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Klang di pejabatnya, hari ini.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian.

Mohd Zainal berkata, jamuan Aidilfitri yang diadakan setiap tahun itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan selain mendekatkan pelanggan bersama pejabat tanah.

“Lebih 1,000 tetamu yang hadir kali ini dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa,” katanya.


Pengarang :