Latheefa Koya dilantik KP SPRM baharu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Latheefa Koya dilantik KP SPRM baharu

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan Latheefa adalah untuk tempoh kontrak dua tahun dan telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan itu juga menyebut Seri Paduka Baginda turut memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.


“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pelantikan Latheefa adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) pada 31 Julai 2016.

Apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei tahun lalu, beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh dua tahun.

Latheefa merupakan peguam, aktivis kemanusiaan dan juga anggota jawatankuasa pusat PKR.

– BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next