Selangorkini
SELANGOR

LZS bantu mangsa rumah dihempap pokok

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan segera kepada mangsa empat beranak rumah dihempap pokok, baru-baru ini.

LZS dalam kenyataan di Facebook berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi kelmarin di Kampung Genting Malek, Batang Kali, dekat sini.

Katanya, susulan kejadian itu LZS segera menziarahi kediaman yang hampir terbelah dua selepas pokok macang tumbang sekali gus menghempap rumah mereka.

“LZS menyerahkan bantuan kecemasan kepada mereka manakala melihat keadaan rumah yang rosak teruk, bantuan susulan akan dipertimbangkan bagi baik pulih rumah keluarga ini.

“Semoga keluarga itu tabah dengan ujian di pertengahan Syawal ini,” katanya.

Terdahulu, mangsa, Norashikin Abd Aziz, 41, berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang tidur dengan cuaca hujan lebat beserta angin kuat.

 


Pengarang :

Related posts

Langgar syarat peniagaan, kompaun maksimum RM1000

Mohd Naeem Mohamad Raffi

KPI 100%, MBSA terima anugerah 5 Bintang

Selangor RM52 juta ‘vs’ Persekutuan RM4.5 juta untuk TVET

Mohd Ezli Mashut