Selangorkini
SELANGOR

LZS: Pertandingan cipta video kreatif dilanjut

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan tempoh Pertandingan Cipta Video Inspirasi Kreatif sehingga 31 Julai ini.

LZS dalam kenyataan di Facebook berkata, tempoh pertandingan itu sepatutnya tamat 6 Jun lalu namun ditangguhkan ekoran bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk menyertainya.

 

 

Katanya, pertandingan itu terbuka kepada mereka yang pernah menerima bantuan zakat pendidikan dari LZS termasuk dalam dan luar negara.

“Menariknya, nilai setiap hadiah juga ditambah jumlahnya bagi pemenang pertama layak menerima wang tunai RM1,000 dan hadiah iringan, tempat kedua RM750 serta hadiah iringan dan tempat ketiga layak menerima RM650 juga hadiah iringan.

“Manakala, tujuh saguhati bernilai RM150 setiap seorang turut disediakan bagi memberi peluang lebih ramai menerima hadiah,” katanya dalam kenyataan.

 

Untuk menyertai, peserta hendaklah menyediakan video berdurasi antara satu hinga tiga minit bertemakan tarbiah dan dakwah berkaitan bantuan zakat.

Selain itu, peserta perlu memastikan sebutan “terima kasih pengeluar zakat dan LZS” serta tertera logo LZS di dalam video dimasukkan.

Video yang ingin dihantar untuk penyertaan boleh dimuatnaik di Instagram masing-masing dengan #VideoInspirasiKreatifLZS beserta nama, umur juga pengajian di ruangan kapsyen.


Pengarang :

Related posts

SIBS 2018 kembali pada 6 hingga 16 September ini

Afeeqa Afeera Abdul Rasol

Pendengaran Awam SELCAT Teliti Pembangunan Di Kelana Jaya

Muhammad Asri Sapfie

Negeri Pakatan : Bubar DUN 22 April – BULETIN 13

admin