NASIONAL

Mangsa banjir di Membakut terus meningkat

KOTA KINABALU, 15 JUN: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut meningkat kepada 100 orang setakat 4.20 petang tadi, berbanding 94 mangsa pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan berkata, mereka terdiri daripada 53 dewasa, 44 kanak-kanak dan tiga bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

“Jumlah mangsa banjir itu membabitkan 37 keluarga daripada 11 kampung yang terjejas ekoran banjir yang berlaku sejak semalam,” kata kenyataan itu.

Katanya, antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai dan Lampuas.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-BERNAMA


Pengarang :