Mantai Perdana tawar 7 tan daging lembu berkualiti | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Mantai Perdana tawar 7 tan daging lembu berkualiti

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 3 JUN: Program Mantai Perdana Shah Alam anjuran Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor mendapat sambutan meriah daripada kalangan masyarakat setempat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program berkenaan adalah julung kali diadakan dan bertujuan bagi membantu masyarakat setempat menikmati daging lebih berkualiti daripada Australia.


“Sebanyak tujuh tan daging membabitkan 20 ekor lembu ditawarkan kepada orang ramai bersempena program ini.

“Untuk tahun pertama ini, harga ditawarkan adalah sebanyak RM29.50 sekilogram (kg) iaitu lebih murah berbanding RM36 hingga RM40 sekg yang dijual pada harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri ke Program Mantai Perdana berkenaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, disini, hari ini.

Pad masa sama, Amirudin yang juga Pengerusi PEMADAM Selangor berkata, dalam tempoh empat jam sahaja, sebanyak enam ekor lembu sudah disembelih daripada 20 ekor yang diperuntukkan.

“Kita cuba mempercepatkan jualan daging berkenaan disebabkan orang ramai sudah bermula beratur seawal jam lapan pagi.

“Jadi, tiada sebarang tempahan dilakukan kerana ianya tidak adil kepada mereka yang beratur dan menunggu, ‘first come first serve’.

FOTO: ASRI SAPFIE (SELANGORKINI)

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next