SELANGOR

MB meriahkan rumah terbuka agensi agama Selangor

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini hari ini.

Beliau yang tiba sekitar 12.30 tengah hari disambut Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Azlinda Azman dan pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Amirudin yang meluangkan masa setengah jam berkesempatan melawat 20 gerai selain menunjukkan aksi membuat roti john untuk dijamukan kepada pengunjung.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Majlis itu membabitkan kerjasama JAIS, MAIS, Perbadanan Wakaf Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan.

Antara juadah disediakan adalah minuman Starbucks, sup kambing, kuey teow goreng, apam balik istana, sate dan durian.


Pengarang :