SELANGOR

MB meriahkan Rumah Terbuka Parlimen Pandan

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

FOTO ASRI SAPFIE

AMPANG, 16 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini.

Beliau yang mengenakan batik berwarna oren tiba di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kira-kira 3 petang sambil ditemani isteri, Masdiana Muhamad.

Majlis berkenaan turut dihadiri EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Dewan Negeri Pandan Indah, Izham Hashim serta EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli termasuk beberapa wakil pimpinan setempat.

Majlis yang berlangsung mulai jam 2 hingga 5 petang itu juga disertai lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Pengarang :