BERITA UTAMASELANGOR

MB: Selamat Hari Bapa kepada semua bapa

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 16 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar ‘Bapa’ sempena sambutan Hari Bapa, hari ini.

Dalam catatan terbaharu di Facebook, Amirudin berkata, bapa adalah insan yang banyak berkorban masa, wang dan tenaga dalam membesarkan kita semua.

“Tanggungjawab seorang bapa sebagai ketua keluarga juga sebagai guru kepada anak-anak adalah inspirasi kehidupan,” tulisnya.

Beliau turut tujukan ucapan Selamat Hari Bapa kepada ayahnya, Shari Mokhsin dan ayah mertua, Muhamad Yahya.

“Semoga dipanjangkan umur dan dipelihara dalam kesihatan sentiasa,” katanya.


Pengarang :