Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
SELANGOR

MBSA tutup 21 jalan sempena ‘Columbia Asia Run & Ride 2019’

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup 21 jalan sekitar bandar raya itu bagi memberi laluan program ‘Columbia Asia Run & Ride 2019’ yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan itu akan ditutup mulai 7 pagi sehingga 11 pagi hari yang sama.

“Antara jalan terbabit dengan penutupan adalah Persiaran Anggerik Eria, Persiaran Sungai Selangor, Jalan Sungai Rincing 32/62, Jalan Bukit Rimau, Jalan 32/112, Jalan Sungai Beranang 32/61, Persiaran Anggerik Vanilla, Jalan Anggerik Vanilla 31/97 dan Jalan Anggerik Vanilla 31/95.

“Selain itu, ia turut membabitkan Jalan Anggerik Vanilla 31/93, Persiaran Anggerik Mokara, Persiaran Anggerik Oncidium, Persiaran Anggerik Renantanda, Persiaran Anggerik Aranda dan Persiaran Anggerik Vanda.

“Manakala, turut ditutup pada hari terbabit adalah Jalan Anggerik Doritis 31/43, Jalan Anggerik Tania, Jalan Kebun Barat, Jalan Bukit Rimau, Persiaran Sungai Selangor, dan Persiaran Sungai Congkak 32/41,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kami juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.


Pengarang :