SELANGOR

MDKL anjur program bersihkan pantai Morib Sabtu ini

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING, 19 JUN: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bakal menganjurkan Program Pembersihan Pantai Morib, Sabtu ini.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, Program Pembersihan Pantai Negeri Selangor peringkat daerah Kuala Langat itu dijadual bermula pada 7.30 pagi.

“Program bermula dengan pendaftaran dan sarapan sebelum diteruskan dengan aktiviti zumba.

“Tarian ‘Save The Ocean’ turut akan dipersembahkan kepada tetamu yang hadir oleh murid Sekolah Kebangsaan Sri Langat,” katanya dalam kenyataan.

Program dijangka disempurnakan Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah

Difahamkan, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian turut hadir bagi menjayakan program berkenaan.


Pengarang :