SELANGOR

MDKL jamu 2,000 kilogram durian ketika jamuan Aidilfitri

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LANGAT, 21 JUN : Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menghidangkan kira-kira 2,000 kilogram durian buat tetamu jamuan Aidilfitrinya, hari ini.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, antara durian yang dihidangkan khas buat pengunjung ialah Durian Musang King, Durian IOI dan Durian D24.

“Hidangan durian kali ini buat tetamu memang berbeza berbanding tahun sebelum ini, dan kebanyakan durian yang kita beli ini daripada pengusaha yang berada dalam Kuala Langat.

“Kami berharap supaya melalui jamuan sempena Aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Jamuan Aidilfitri MDKL 2019 bertempat di kediaman rasmi YDP MDKL, di sini.

Lebih 500 tetamu hadir seawal jam 3 petang serta turut dihidangkan dengan pelbagai menu termasuk kambing bakar dan sate.

Jamuan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.


Pengarang :