NASIONAL

Muhammad Hilman tidak perlu rakam kenyataan di IPD Sepang

 

SEPANG, 17 Jun : Setiausaha politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham, yang sepatutnya dirakam kenyataan hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, berkaitan dakwaan ugutan, dimaklumkan tidak perlu berbuat demikian.

Muhammad Hilman berkata, pihak polis memaklumkan kenyataan yang dibuatnya di IPD Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung kes berkenaan yang melibatkan seorang individu yang dikaitkan dengan kes video seorang menteri, adalah memadai.

Beliau dilihat memasuki perkarangan IPD Sepang dengan Proton Perdana berwarna kelabu kira-kira pukul 11.05 pagi dan keluar lima minit kemudian apabila ditemui media yang menunggu di luar IPD Sepang itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini telah menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam kes video. -BERNAMA


Pengarang :