NASIONAL

Operasi lorong tambah nilai di AKLEH, GCE dihentikan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Kumpulan Syarikat PROLINTAS mengumumkan dua lebuh raya seliaannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menghentikan operasi lorong tambah nilai berkuatkuasa 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) PROLINTAS, Ir Rostam Shahrif Tami berkata, pemberhentian operasi lorong tambah nilai ini bagi melancarkan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan kerana pengguna beratur di lorong itu di plaza tol.

“Bagi membantu pengguna AKLEH untuk melakukan transaksi tambah nilai Touch n Go, pengguna dicadangkan untuk menggunakan kiosk layan diri disediakan di Pejabat Operasi AKLEH.

“Manakala di GCE adalah di lorong berlapis Touch ‘n Go Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara), kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan dan arah utara) dan hentian sebelah Lagong,” katanya.

Selain itu, pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet (Direct Pay) di semua tol plaza di GCE.


Pengarang :