SELANGOR

Paip dalam premis bocor punca bil air tinggi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 JUN: Kebocoran pada sistem paip dalam premis dipercayai antara punca menyebabkan bil air tinggi, kata Air Selangor.

Justeru, pengguna disarankan menutup semua pili air terlebih dahulu dan mencatatkan bacaan meter.

“Pengguna perlu menunggu kira-kira 10 minit dan mengambil bacaan baharu. Jika terdapat pergerakan digit pada meter air, ia mengesahkan sememangnya terdapat kebocoran,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, meter air rosak turut menyebabkan bil direkodkan tinggi, yang berlaku
apabila digit pada meter tidak bergerak semasa penggunaan air.

“Bil air tinggi disebabkan pergerakan laju pada digit meter semasa air tidak digunakan.

“Punca lain juga adalah kerana kesilapan pada bacaan meter. Jika bacaan meter disyaki salah, sila hubungi kami untuk siasatan dan pembetulan,” katanya.

Keyataan itu juga menyebut penggunaan air berlebihan turut menyebabkan bil air menjadi tinggi.


Pengarang :