SELANGOR

Pejabat DYMM Sultan Selangor diiktiraf MBOR

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 27 JUN: Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor diiktiraf sebagai Pengurusan Istana pertama di Malaysia yang memperolehi Pensijilan ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Berkualiti) Malaysia Book of Records (MBOR).

Majlis penyampaian anugerah berkenaan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

MBOR diwakili Lee Poi Leng yang menyerahkan sijil berkenaan kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Pejabat DYMM Sultan Selangor, Dato’ Zakaria Abdul Rahman.

Antara amalan dan kriteria pengurusan Pejabat DYMM Sultan Selangor yang diambil kira dalam memperolehi sijil berkenaan adalah kecemerlangan pengendalian lawatan ke istana, hal ehwal berkaitan upacara adat istiadat diraja serta pengurusan dan penyediaan majlis bankuasi diraja.

Pejabat DYMM Sultan Selangor sebelum ini turut menerima Pensijilan ISO 9001:2008 sebelum dinaik taraf kepada ISO 9001:2015, pada 10 November 2017.


Pengarang :