Pelantikan Latheefa atas keputusan saya – PM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Pelantikan Latheefa atas keputusan saya – PM

PUTRAJAYA, 5 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri.

Perdana Menteri berkata, pelantikan berkenaan tidak dibincangkan dengan anggota Kabinet.

“Saya tidak berbincang dengan Kabinet. Biasanya saya membuat keputusan sendiri kerana saya tidak perlu bertanya kepada Kabinet mengenai siapa yang saya pilih,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas pelantikan Latheefa, bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ,beliau telah mendengar pandangan pelbagai pihak dan membuat penilaian sebelum membuat keputusan.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next