SELANGOR

Pembangunan golongan muda di Selangor penting bagi Kerajaan Negeri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 30 JUN: Tiada tembok politik dan perkauman yang boleh memisahkan antara Kerajaan Negeri dengan Generasi muda di Selangor.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman turut menggesa generasi muda tidak membiarkan idealogi politik dan perkauman memecah belahkan kesatuan sesama mereka.

“Generasi muda selangor malang kalau dipecahkan oleh idealogi politik yang akhirnya merugikan generasi itu sendiri.

“Jika ini berlaku, akhirnya akan merugikan masa depan negeri dan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Majlis Perasmian Hari Belia Negara dan Expo Perniagaan Belia (yBEX) @Selangor 2019 di Summit USJ di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, Kerajaan Negeri amat mementingkan pembangunan generasi muda berikutan seramai 3.2 juta daripada 6 juta penduduk di Selangor terdiri golongan itu.

Ketika ditanya media isu sama, Mohd Khairuddin berkata, Kerajaan Negeri meneruskan usaha membangunkan belia menerusi pelbagai inisiatif disediakan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga sedia berkerjasama dengan Majlis Belia Negeri supaya dapat menjalankan aktiviti mereka dengan selesa.


Pengarang :