Penduduk DUN Sungai Tua gembira, tradisi berkunjung diteruskan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Penduduk DUN Sungai Tua gembira, tradisi berkunjung diteruskan

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK, 9 JUN : Rata-rata penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menzahirkan kegembiraan apabila tradisi kunjung mengunjung Aidilfitri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ke beberapa rumah dalam kawasan terbabit masih diteruskan.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang JKP Zon 8, Mohamad Faizal Ismail berkata, beliau berasa gembira di atas kehadiran Amirudin yang hampir setiap tahun menyantuni penduduk di DUN terbabit.


Katanya, beliau optimis amalan kunjung mengunjung itu terus menjadi tradisi sekali gus ia bakal merapatkan lagi silaturahim pemimpin dan penduduk.

“Terima kasih Dato’ Menteri Besar kerana sudah hampir 10 tahun daripada sebelum dilantik sebagai Menteri Besar sehingga sudah dilantik, beliau sudi hadir dan tidak pernah jemu meneruskan amalan kunjung mengunjung di kawasan DUN Sungai Tua ini.

“Malah, saya amat memuji tindakan beliau yang sentiasa rapat dengan Ketua Kampung dan penduduk di DUN Sungai Tua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Selangor selepas program Ziarah Hari Raya Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di Padang Awam Batu Caves, di sini, hari ini.

Terdahulu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua bersama isteri, Masdiana Muhamad dan keluarganya membuat kunjungan hari raya ke 10 buah rumah penggerak utama kawasan sekitar DUN terbabit.

Difahamkan, tradisi itu juga diamalkan Amirudin sejak 10 tahun lalu bertujuan merapatkan silaturahim dan beramah mesra selain menjadi platform beliau mengetahui situasi semasa sesuatu kawasan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next