Gambar Hiasan
NASIONAL

Penyelam hilang ditemukan maut di perairan Miri

 

MIRI, 23 Jun : Penyelam yang hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri petang semalam ditemukan maut pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan berkata mayat Sim How Hua, 41, dijumpai tersangkut pada tali bubu di 4.1 batu nautika barat laut Miri oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.50 pagi.

“Mayat mangsa tiba di Jeti Marina pukul 11.15 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Mangsa yang memakai peralatan menyelam lengkap telah hilang di lokasi 4.5 batu nautika barat laut di perairan Miri pada pukul 4.10 petang ketika melakukan selaman.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 9.40 malam tadi setelah menerima laporan mengenai kehilangan penyelam itu pada pukul 9.35 malam. -BERNAMA


Pengarang :