SELANGOR

Pertandingan fotografi MBSA tawar hadiah menarik

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 19 JUN: Penggemar fotografi di seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan fotografi anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dibuka bermula 1 April lalu hingga 30 Ogos ini.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan, pertandingan bertemakan ‘Kami Sayang Shah Alam’ itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 kepada pemenang tempat pertama, RM2,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga).

“Pada tahun ini, pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu seni bina, alam semula jadi dan gaya hidup.

“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya.

Selain hadiah utama, penganjur turut menawarkan ganjaran wang tunai RM200 kepada lima pemenang hadiah sagu hati.

Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di Tingkat G, Wisma MBSA atau layari http://bit.ly/2KPNLa6


Pengarang :