MELAKA, 10 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) merasmikan Smart Industry Centre, Konica Minolta Business Technologies Malaysia Sdn Bhd pada lawatan sehari ke Melaka hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (dua, kanan) dan Pengarah Urusan Konica Minolta Business Technologies Malaysia Sdn Bhd, Hideyuki Yoshida (kiri). — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA.
NASIONAL

PM lawat kilang Konica Minolta, rasmi SIC Melaka

 

MELAKA, 10 Jun : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa kira-kira sejam melawat kilang Konica Minolta Business Technologies Malaysia Sdn Bhd di Taman Perindustrian Bukit Rambai di sini.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba pada kira-kira 3.50 petang ke kilang itu ditemani Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Turut serta dalam lawatan itu Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Dr Mahathir kemudiannya merasmikan Smart Industry Centre (SIC) Melaka di kilang tersebut yang juga yang pertama seumpamanya di negara ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Konica Minolta Technologies Malaysia, Hideyuki Yoshida berkata Konica Minolta menggabungkan teknologi digital berasaskan automasi, ICT dan pengalaman yang banyak dalam pembuatan menggunakan konsep pembuatan digital.

“Kami sentiasa mencabar diri sendiri untuk meningkatkan nilai kami dalam setiap proses pembuatan dan kini rakan-rakan perniagaan kami memahami konsep kami untuk memulakan model pembuatan baharu ini,” kata beliau dalam ucapan alu-aluannya.

Beliau percaya SIC adalah model baharu kluster pembuatan dengan inovasi terbuka yang mereka panggil ‘Virtual One Company’. -BERNAMA


Pengarang :