Selangorkini
NASIONAL

Polis selesai kes ragut dalam tempoh tiga jam di Miri

MIRI, 17 JUN: Polis berjaya menyelesaikan kes ragut melibatkan seorang wanita dalam tempoh tiga jam dengan penahanan seorang lelaki tempatan tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah berkata, suspek seorang penganggur berusia 41 tahun ditahan di dalam sebuah bilik hotel bajet pada pukul 12.30 tengah hari selepas meragut telefon bimbit seorang wanita warga Indonesia tiga jam sebelum itu.

“Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi apabila mangsa diragut telefon bimbitnya bernilai RM800 oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan sebuah kedai berhampiran sebuah hotel di sini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Lim berkata mangsa mendapatkan pertolongan seorang lelaki untuk menghantar mesej kepada suspek menggunakan telefon lelaki itu ke telefon bimbit milik mangsa dan suspek bersetuju menyerah kembali telefon bimbit mangsa setelah diberitahu kejadian ragut itu dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV).

“Suspek memberitahu lelaki berkenaan telefon bimbit itu berada di dalam bilik hotel bajet itu dan pada pukul 12.30 tengah hari pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri membuat serbuan menahan suspek,” katanya. – BERNAMA


Pengarang :

Related posts

Semua ibu bakal merasai KISS sekiranya PAKATAN mentadbir

Mohd Naeem Mohamad Raffi

Muafakat komponen pembangkang, KEADILAN sedia bincang

Mohd Ezli Mashut

Nasib Najib lebih ‘gelap’ berbanding Thaksin?