NASIONAL

Polis tahan 17 pelajar pesta liar di kondominium

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Seramai 17 pelajar termasuk tiga pelajar perempuan dari sekiolah sekitar Lembah Klang ditahan dalam serbuan aktiviti pesta liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi kelmarin.

Serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wang Wangi sekitar 3 pagi itu turut menahan lima individu lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan, polis merampas dua paket disyaki dadah jenis ketamin(1.8 gram), tiga biji pil ekstasi(1 gram), dua pil erimin 5 (0.6 gram), satu botol lutsinar disyaki berisi air ketum seberat 1.5 liter dan ganja seberat 4.3 gram.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati enam termasuk seorang wanita positif dadah” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 22 tahun dan direman empat hari sehingga Khamis ini.

Mereka disiasat ​​​​​​​di bawah Seksyen 6, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun, katanya.

-BERNAMA


Pengarang :