SUKANKINI

Ragbi ARC: Malaysia kalah teruk kepada Hong Kong

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Pasukan ragbi lelaki negara mengalami kekalahan teruk 71-0 di tangan pasukan di tangga ke-24 dunia, Hong Kong dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Asia 2019 Divisyen Premier di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Selepas mempamerkan persembahan baik di samping memperolehi mata bonus pertama dalam tempat teratas ARC sebelum ini, pasukan negara bagaimanapun gagal menyaingi kekuatan pasukan lawan sepanjang perlawanan.

Dalam perlawanan malam tadi, Ketua Jurulatih Kebangsaan yang juga bekas pemain All Black, Brad Mika terpaksa membuat satu pertukaran dengan Ketua Pasukan K.Dinvesvaran kembali ke kelabnya di Jepun, dan diganti dengan Timoci Vunimoku di barisan kedua.

Selepas menewaskan Malaysia 20-24 di gelanggang sendiri, Hong Kong mempamerkan aksi mantap di separuh masa pertama dan kedua permainan semasa mereka mendahului 33-0 dengan empat try, tiga menerusi conversion yang berjaya dan satu penalty try sebelum rehat.

Pasukan juara bertahan itu kemudiannya memperoleh 38 mata lagi menerusi enam try dan empat conversions yang berjaya dalam tempoh masa perlawanan berbaki 40 minit untuk memperoleh kejayaan memenangi mata bonus ketiga mereka berturut-turut.

Hong Kong akan menjadi tuan rumah kepada pasukan lawan dari Korea Selatan Sabtu nanti dalam perlawanan akhir liga, dalam merintis laluan mereka untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai juara.

Nasib pasukan ragbi negara sama ada akan kekal dalam Divisyen Premier ARC tahun depan akan hanya diketahui selepas Piala Dunia Ragbi 2019 (RWC) di Jepun September ini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, ketua pasukan negara Marc Le berkata ia adalah perlawanan yang sukar, namun pasukan negara telah memberikan yang terbaik.

“Ia perlawanan yang sukar hari ini. Hong Kong membawa pasukan yang berbeza kali ini, membuat persiapan mantap, dan bermain dengan baik, tapi apapun saya amat berbangga dengan pemain-pemain kita.

– BERNAMA


Pengarang :