PUTRAJAYA, 5 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Seri Perdana hari ini. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

RCI adalah kehendak rakyat – PM

PUTRAJAYA, 5 JUN: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai salah laku kehakiman adalah yang memang dikehendaki oleh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi terhadap satu laporan berita yang menyebut bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mencadangkan siasatan dalaman berbanding diwujudkan kehakiman RCI.

Ditanya sama ada Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan itu, Dr Mahathir berkata: “Terdapat banyak pendapat yang berlainan tetapi kebanyakan orang ramai mahukan RCI dan kita akan respons kepada idea orang ramai.”

Mengenai sama ada RCI adalah cara terbaik untuk menyiasat dakwaan, Dr Mahathir berkata apa yang beliau fikirkan tidak penting kerana yang penting ialah sama ada rakyat mahukannya.

“Jadi… jangan tanya saya kerana saya berhak atas pendapat saya. Saya perlu respons kepada pandangan orang ramai,” katanya ketika ditanya mengenai pendirian beliau secara peribadi.

Dr Mahathir berkata, RCI akan bermula tidak lama lagi.

Pada 21 Feb, Kabinet bersetuju untuk menubuhkan RCI bagi melihat kepada dakwaan kesalahan kehakiman selepas seorang hakim yang terkemuka mengutarakan amaran terhadap dakwaan penyalahgunaan dan campurtangan dalam kehakiman.

Mengenai perkara berasingan, Dr Mahathir berkata, ketua pegawai eksekutif bagi Telekom Malaysia (TM) telahpun dilantik.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama orang yang berkenaan.

“Beliau (lelaki) telahpun dilantik. Saya tidak berfikiran, mereka belum mengumumkannya lagi, tetapi saya berpendapat beliau telah dilantik,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :