Selangorkini
Malaysian ringgit notes are seen among U.S. dollar bills in this photo illustration taken in Singapore August 24, 2015. The Malaysian ringgit hit a fresh pre-peg 17-year low on Monday as sustained worries about China’s economy dented global risk appetite with European and Wall Street stocks suffering their largest one-day drop in nearly four years. The ringgit lost 0.9 percent to 4.2200 per dollar, its weakest since Aug. 31, 1998. The ringgit was pegged at at 3.8000 to the dollar in September 1998 and maintained there until 2005. REUTERS/Edgar Su
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 Jun : Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong sentimen positif yang timbul daripada menjelangnya pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G20 Jumaat ini.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1510 ketika ditutup pada Jumaat.

MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata momentum pergerakan menaik ringgit telah disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh dan kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada bulan-bulan akan datang.

“Petunjuk yang diberikan Fed bagi pengurangan kadar faedah itu secara tidak langsung meningkatkan mata wang negara pesat membangun termasuk Malaysia. Kami mengekalkan unjuran bahawa ringgit mencatatkan kadar purata pada 4.12 dan mencapai sasaran akhir tahun pada 4.10 bagi 2019,” menurut firma berkenaan.

Pada 9 pagi, minyak Brent yang menjadi penanda aras meningkat kepada US$64.47 setong daripada US$64.10 setong pada Jumaat lepas.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.2807/2862 daripada 5.2505/2552 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0591/0625 daripada 3.0545/0576.

Ringgit lemah berbanding yen kepada 3.8597/8636 daripada 3.8568/8607 Jumaat lepas dan turun berbanding euro kepada 4.7147/7198 daripada 4.6864/6915. -BERNAMA


Pengarang :