EKONOMINASIONAL

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen yang lebih positif, seiring dengan mata wang Asia yang sedang pesat membangun, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.1610/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1620/1650 yang direkodkan semalam.

Kebanyakan mata wang Asia baru muncul meningkat berikutan sentimen yang bertambah baik dalam jangkaan Rizab Persekutuan akan mengurangkan kadar faedah.

Pada penutup, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0484/0522 daripada 3.0451/0477 semasa ditutup semalam, ia juga jatuh berbanding euro kepada 4.7086/7148 berbanding 4.7047/7098 sebelum ini dan lebih rendah berbanding pound pada 5.2874/2941 daripada 5.2812/2866.

Mata wang tempatan itu, bagaimanapun, diniagakan lebih tinggi berbanding yen pada 3.8283/8324 daripada 3.8331/8366.- BERNAMA


Pengarang :