SELANGOR

Saipolyazan dilantik CEO baru LZS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 JUN: Saipolyazan Mat Yusop dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkuatkuasa 10 Jun ini bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Hussin Mohd Ali sejak 10 Oktober 2017 sebelum dipangku Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Datin Setia Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, Saipolyazan memiliki pengalaman lebih 25 tahun berkhidmat dengan beberapa syarikat korporat dalam bidang pengurusan.

“Antara jawatan yang pernah disandang beliau sebelum ini adalah Head of Facility Management – Alborj Facility Management (Arab Saudi), Pengarah Pengurusan Fasiliti IBEX Management Services Sdn Bhd dan Pengarah Operasi Kumpulan IBEX Group of Companies,

“Selain itu beliau turut pernah berkhidmat sebagai Pengurus Projek Gerbang Selatan Bersepadu (GSB), Ketua Perancangan dan Pembangunan Celcom Kawasan Tengah, Penolong Pengurus Telekom Malaysia dan Jurutera Elektrik PETRONAS,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Norajun Ainun berkata, semoga dengan pelantikan ini akan meneruskan visi LZS untuk memperkasakan lagi pengurusan zakat di Negeri Selangor.


Pengarang :