NASIONAL

Sambutan Aidilfitri contoh rakyat kekal harmoni

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi contoh bagaimana rakyat Malaysia terus bersatu dan membina sebuah negara model pelbagai kaum, agama dan budaya di dunia yang kompleks ini, menurut seorang aktivis sosial.

Datuk Seri Ang Lai Soon berkata, sebagai sebuah negara dan individu, kita amat berbangga dengan masyarakat berbilang agama dan keharmonian sosial kita.

“Perbezaan ini berfungsi sebagai faktor yang menyatukan dan bukan sebaliknya memisahkan kita, seperti terbukti semasa perayaan Hari Raya Puasa apabila umat Islam mengadakan rumah terbuka untuk menyambut kedatangan jiran dan rakan.

“Kita berharap semoga keharmonian sosial yang sedia terjalin antara kita akan berterusan, dan semua pemimpin di semua peringkat akan terus menganjurkan dan mengamalkan keharmonian sosial yang ada, yang unik dalam dunia yang sukar dan tidak dapat diramalkan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas sebulan berpuasa dengan penuh berdisiplin, menjalankan tanggungjawab keagamaan yang diwajibkan, kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, kira-kira 24.1 peratus penduduk dunia, akan meraikan berakhirnya Ramadan.

“Setiap orang dari kita hidup di dunia yang strukturnya, dan intinya, adalah kepelbagaian yang sangat luar biasa. Ini adalah fakta yang benar-benar luar biasa,” katanya.

– BERNAMA


Pengarang :