BERITA UTAMASELANGOR

Sambutan rumah terbuka peringkat Selangor 15 Jun

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 10 JUN: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat Selangor di Bulatan Bazarena, Seksyen 13, di sini pada 15 Jun ini.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MSPJ) melalui Facebook memaklumkan, program itu akan bermula jam 8 malam dan diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

“Tetamu yang hadir juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan,” katanya.

Pada majlis itu, pengunjung juga berperluang menikmati aneka juadah hari raya yang disediakan.

Bagi pengunjung yang ingin hadir ke majlis rumah terbuka itu, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi melancarkan pergerakan.

link: https://www.facebook.com/MediaSelangor/posts/2590576774307504


Pengarang :