Sampel air kegunaan orang asli Kampung Kuala Koh akan diuji | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Sampel air kegunaan orang asli Kampung Kuala Koh akan diuji

GUA MUSANG, 9 Jun : Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru.

Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.

Katanya, setakat perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut.


Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini,” katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli Suku Batik itu di sini -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next