Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
SELANGOR

SAOW di AEON Big Bukit Rimau 15 Jun

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 12 JUN: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) bakal beroperasi pada 15 Jun ini di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, waktu operasi pejabat bergerak itu bermula dari 11 pagi sehingga 5 petang.

Katanya, SAOW adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“SAOW ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir.

“Melalui perkhidmatan ini, kami berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

 


Pengarang :