PBTSELANGOR

SAOW di Giant Seksyen 18, Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 JUN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) dikendalikan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya GIANTS, Seksyen 18, Shah Alam pada 22 Jun ini (Sabtu) bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan SAOW itu adalah platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat Bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

“Melalui perkhidmatan ini, Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.


Pengarang :