SELANGOR

Solat Sunat Eidul Fitri 8.30 pagi seluruh Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 3 JUN: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya Eidul Fitri 1440H ditetapkan pada jam 8.30 pagi di semua masjid di Negeri Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Azlinda Azman dalam satu kenyataan hari ini.

“Semua muslimin dan muslimat di Selangor adalah dijemput menunaikan Solat Sunat Hari Raya Eidul Fitri 1440H pada 1 Syawal 1440H bagi menyambut hari kemenangan umat Islam setelah selesai menjalankan ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan,” katanya.

Di kesempatan ini juga, JAIS turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Selangor dan diharapkan Syawal disambut penuh kesederhanaan serta mengeratkan silaturrahim.


Pengarang :