Stok minyak sawit Malaysia di paras terendah dalam 10 bulan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Stok minyak sawit Malaysia di paras terendah dalam 10 bulan

 

KUALA LUMPUR, 12 Jun : Stok minyak sawit Malaysia merosot 10.3 peratus kepada 2.45 juta tan metrik pada Mei terendah dalam tempoh 10 bulan daripada 2.73 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Stok minyak sawit mentah (MSM) menyusut 8.2 peratus kepada 1.46 juta tan metrik daripada 1.59 juta tan metrik pada April.


Stok minyak sawit proses berkurangan sebanyak 13.4 peratus kepada 984,075 tan metrik berbanding 1.14 juta tan metrik sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini dalam laporan terkini mengenai prestasi industri itu.

MPOB berkata pengeluaran MSM meningkat 1.3 peratus kepada 1.67 juta tan metrik bulan lepas daripada 1.65 tan metrik pada April.

Pengeluaran isirong sawit merosot 2.3 peratus kepada 409,187 tan metrik berbanding pengeluaran pada April sebanyak 418,874 tan metrik.

MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat 3.5 peratus kepada 1.71 juta tan metrik pada Mei berbanding 1.65 juta tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala eksport oleokimia bertambah 12.7 peratus kepada 290,835 tan daripada 258,097 tan metrik sebelumnya.

Eksport biodiesel dalam bulan yang dikaji melonjak 162.2 peratus kepada 66,617 tan metrik daripada 25,407 tan metrik pada April, manakala eksport minyak isirong meningkat 10.7 peratus kepada 92,108 tan metrik berbanding 83,236 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Eksport hampas sawit meningkat 53.6 peratus kepada 238,770 tan metrik daripada 155,494 tan metrik sebelumnya. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next