Syabas atasi insiden LRA Sungai Langat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Syabas atasi insiden LRA Sungai Langat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JUN: Peralatan penapisan mekanikal (bandscreen) yang tersumbat dan trip ekoran insiden sampah terkumpul di muka sauk dan menyebabkan penyusutan pengepaman air mentah dan pengeluaran air terawat sudah dapat diatasi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), anggota kumpulan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, pihaknya kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran dan paras kolam serta menstabilkan tekanan di sistem agihan.


Katanya, bantuan lori tangki air akan digerakkan dan segala usaha sedang diambil bag meminimakan impak gangguan dan memulihkan bekalan air di kawasan yang terjejas.

“Kami mohon pengguna merujuk senarai kawasan yang dijangkakan terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Kami turut memohon maaf atas kesulitan dan sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Langat terjejas ekoran hujan lebat di hulu sungai dan kuantiti sampah sarap yang banyak terkumpul di muka sauk, yang menyebabkan alat penapisan mekanikal (bandscreen) tersumbat dan ‘trip’.

Insiden itu menjejaskan bekalan air di beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Petaling secara berperingkat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next