NASIONAL

TPM dijangka hadir rumah terbuka Aidilfitri MP Port Dickson Sabtu ini

SEREMBAN, 12 Jun : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu ini.

Pejabat Anggota Parlimen Port Dickson dalam kenyataan di sini hari ini berkata majlis berkenaan menyasarkan kehadiran seramai 5,000 pengunjung pelbagai kaum.

Ia juga dijangka dihadiri beberapa menteri kabinet dan perwakilan asing.

Majlis akan diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson dari 7.45 hingga 11 malam.

Hadirin akan turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tempatan, antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram dan Syamel. -BERNAMA

 


Pengarang :