SEREMBAN, 30 Mac — Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba di Pusat Penamaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Seri Sendayan untuk mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

TPM tiba di Felda Aring 10 pagi ini

GUA MUSANG, 14 Jun : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Dewan Felda Aring 10 hari ini bagi meninjau perkembangan terkini jangkitan radang paru-paru (pneumonia) yang membabitkan masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh di sini.

Beliau tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan menaiki helikopter.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kemudiannya mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Dewan Felda Aring 10 di sini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar. -BERNAMA


Pengarang :