TPM ucap takziah atas kepergian khatib Ustaz Ku Yaacob | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

TPM ucap takziah atas kepergian khatib Ustaz Ku Yaacob

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Solat Jumaat di Masjid Al-Bukhary di Alor Setar, hari ini.

“Kematian yang cukup menginsafkan. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim.

“Semoga dikurniakan syurga bersama para solehin,” kata timbalan perdana menteri di laman Twitternya, malam ini.


Allahyarham, 68, yang menyampaikan khutbah kira-kira 1.30 tengah hari tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah itu rebah selepas menyebut ayat ‘Bertakwalah pada Allah’ dan beberapa baris ayat dalam bacaan khutbahnya. – BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next