NASIONAL

Trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat 9 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik mulai perlahan dari Slim River ke Sungkai dan Sungkai ke Bidor berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Terdapat kemalangan lori di KM 415.1 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar menyebabkan lorong kanan dan tengah terhalang namun trafik terkawal.

“Aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

“Trafik sedikit perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan kenderaan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA


Pengarang :