Trafik sesak di lebuh raya utama malam tadi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Trafik sesak di lebuh raya utama malam tadi

KUALA LUMPUR, 10 JUN: Aliran trafik di beberapa tempat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dan Lebuhraya Utara-Selatan dilaporkan sesak malam tadi di penghujung cuti sempena Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik sesak sekitar 26 kilometer (km) dari persimpangan Karak ke Lentang dan sekitar lapan kilometer selepas Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Di LPT1, ia berkata trafik sesak sekitar 15 km selepas persimpangan Lanchang menuju persimpangan Karak.


Bagi mengelak kesesakan di Plaza Tol Karak, anda boleh menggunakan laluan alternatif dengan keluar di persimpangan Lancang (Exit 816), katanya.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng ke Tapah dan terus ke Sungkai dan dari Behrang ke Bukit Beruntung.

Situasi serupa turut dilaporkan bagi laluan Pendang-Gurun; Sungai Petani (Selatan)-Bertam; Changkat Jering-Taiping (U) dan Kuala Kangsar-Terowong Menora.

Pergerakan trafik turut dikesan perlahan dari Pedas-Linggi ke Seremban, Machap ke Sedenak seterusnya ke Kulai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next