Selangorkini
SELANGOR

UNISEL lancar UNIMAND, perkasa Bahasa Mandarin

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 JUN: Universiti Selangor (UNISEL) melancarkan Majlis Persatuan Bahasa Mandarin (UNIMAND) bertujuan memperkasakan kemahiran komunikasi dalam bahasa berkenaan.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, langkah itu bagi menjadikan Mandarin sebagai bahasa ketiga terpenting selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Dengan adanya pesatuan ini, pelajar khususnya dapat menjadikan ia sebagai satu landasan memperkasakan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.

“Ia juga sebagai titik permulaan yang baik bagi mempromosikan UNISEL sebagai destinasi menyambung pengajian kepada masyarakat luar terutama masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran UNIMAND di Auditorium Al-Ghazali, UNISEL Bestari Jaya, di sini, baru-baru ini.


Pengarang :